DD2.0 Empowerment Session: Resilience Recharge: Power Up Your Business and Your Life @ NADi Sri Pantai

🌱 Digital Dewi 2.0 Empowerment Series @ Lembah Pantai: Kesihatan Mental & Keyakinan Diri untuk Pertumbuhan Perniagaan 💪✨

Pada 4 Julai 2025, kami telah menjalankan sesi Empowerment untuk Digital Dewi 2.0 di Lembah Pantai dengan bengkel “Resilience Recharge: Power Up Your Business & Life” yang penuh inspirasi bersama Dr. Lavanya Pillai di NADI PPR Sri Pantai.

Sesi ini membawa para peserta mendalami topik kesihatan mental, keyakinan diri, dan pemikiran berkembang (growth mindset); elemen penting untuk usahawan wanita terus melangkah dalam dunia perniagaan digital yang mencabar.

💜 Berikut merupakan maklumbalas peserta selepas mengikuti bengkel ini:

✅ Keyakinan Diri & Kesihatan Mental:

Peserta kini lebih sedar kepentingan kesihatan mental dan yakin mengurus tekanan dalam hidup dan perniagaan.

✅ Pemikiran Berkembang (Growth Mindset):

Ramai mula faham perbezaan antara “fixed mindset” dan “growth mindset” dan bersemangat untuk terus menimba ilmu dan memperbaiki diri.

✅ Peserta berazam untuk:

🔸Giatkan pemasaran digital & Live Jualan
🔸Ubah fikiran negatif & kekal positif
🔸Urus emosi Ketika menghadapi pelanggan mencabar

✅ Pengurusan Emosi & Prestasi Perniagaan:

Mereka sedar kesihatan emosi mempengaruhi operasi dan pendapatan.

✅ Sokongan & Motivasi:

Ramai rasa bermotivasi meneruskan aktiviti-aktiviti keusahawanan dan lebih akrab sesame sendiri.

🌟 Mengapa Bengkel Ini Penting Untuk Usahawan-usahawan Wanita?

Bengkel ketahanan emosi ini akan membantu dalam membina asas yang kukuh untuk peserta menghadapi cabaran, kekal konsisten dan mencapai matlamat perniagaan.

Terima kasih kepada En. Rosli Bin Mamat dan En. Muhammad Dzulhazreeq Bin Mohd Nawi dari NADI PPR Sri Pantai atas kesudian memberikan tempat dan membantu kami melaksanakan program ini.

Kami juga ingin memberikan penghargaan kepada Yayasan Hasanah dan Ministry of Finance Malaysia , serta Godigital Production atas sokongan mereka dalam menjayakan program ini.

🤝 Jika anda merupakan organisasi, mentor atau rakan strategik yang ingin menyokong usaha pemberdayaan usahawan wanita melalui Digital Dewi 2.0, kami sedia berkolaborasi!

Hubungi kami untuk peluang kerjasama atau sokongan dalam memperkasakan usahawan wanita melalui Digital Dewi 2.0 di contactus@qf4academy.asia / buvna@qf4academy.asia  atau 014-625 1750 (Coach Buvna).

Puvanesvari Subramaniam (Buvna) | Nandagobalan Vengettasamy | Nurul Farhanah

#vrdigitaldewis #HSG2024 #AdvancingMalaysia #WomenEmpowerment #Leadership #CommunityDevelopment #YayasanHasanah #SocialEnterprise #ImpactFunding #AdvancingMalaysia #UsahawanWanita #WomenSupportingWomen #BuildingCommunities #SustainableDevelopmentGoals #DigitalTransformation #OnlineEntrepreneur #BisnesDariRumah
#qf4explore