The Importance of Cybersecurity in Healthcare Kementerian Kesihatan Malaysia

QF4 Tech Asia Sdn. Bhd. berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan oleh Ministry Of Health, Malaysia (KKM) untuk melaksanakan Kursus “The Importance of Cybersecurity in Healthcare” secara online di Zoom Online Meeting dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM melibatkan penyertaan daripada pelbagai fasiliti kesihatan dari seluruh pelusuk Malaysia.

Sepanjang tiga hari program ini, para peserta telah didedahkan dengan asas dan amalan terbaik dalam keselamatan siber, termasuk pengurusan kata laluan, pengesanan ancaman, perlindungan data pesakit, serta langkah pencegahan terhadap serangan siber dalam sektor kesihatan. Program ini turut menekankan kepentingan membina budaya keselamatan digital yang proaktif dalam organisasi.

Terima kasih kepada Seketariat Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM, atas kepercayaan dan kerjasama yang amat baik. Tidak lupa juga kepada semua peserta atas penglibatan aktif dan semangat tinggi sepanjang sesi latihan ini dijalankan!

Kami berharap perkongsian ini dapat membantu memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan keselamatan siber dalam sektor kesihatan Malaysia.

📌 Berminat untuk menganjurkan latihan digital bersama kami?

Kami sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat korporat dan institusi pendidikan bagi melaksanakan program latihan yang bersesuaian dengan keperluan organisasi anda.

📩 Hubungi kami di contactus@qf4academy.asia/buvna@qf4academy.asia atau di nombor telefon 014-625 1750 (Coach Buvna) untuk maklumat lanjut.

Puvanesvari Subramaniam (Buvna) | Nandagobalan Vengettasamy | Nurul Farhanah

#KKMPrihatin #LatihanKKM #KursusLatihan #KompetensiDigital #MCMC  #KempenInternetSelamat #DigitalWorkplace #Cybersecurity #DigitalTransformation #KKM #Sabah #KursusKerajaan #TrainingMalaysia