Memimpin Gaya AI: Artificial Intelligence in Decision Making Process @ IPPTAR

Kami amat berbesar hati dan berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk menyampaikan Kursus “Memimpin Gaya AI” dengan latihan bertajuk “Artificial Intelligence in Decision Making Process” pada 11 Jun 2025 bertempat di IPPTAR.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi Malaysia bersama penganjur program, Dynamic Synergy Education & Training Sdn. Bhd. dan IPPTAR kerana memberikan kepercayaan kepada kami sebagai rakan penyampai latihan dalam inisiatif penting ini.

Berkongsi ilmu kepada seramai 40 orang ahli Majlis Pengurusan Tertinggi Kementerian Komunikasi, termasuk kehadiran YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa (KSU), YBrs. En. Nik Kamaruzaman bin Nik Husin (TKSU S), YBrs. En. Mano Verabathran (TKSU T) dan YBrs. En. Mazlan bin Abd Mutalib (SUBK P) merupakan satu penghormatan besar bagi kami.

Kursus ini memberi peluang kepada kami untuk berkongsi penggunaan aplikasi AI dalam menyokong usaha pihak pengurusan untuk membuat keputusan, penyediaan laporan, serta pembentangan dengan lebih strategik serta efisien, selaras dengan aspirasi pendigitalan sektor komunikasi dan penyiaran negara.

Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi Malaysia, Dynamic Synergy Education & Training Sdn. Bhd. dan IPPTAR atas kepercayaan dan sokongan padu. Kami berharap ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kerjasama berkenaan dengan AI yang semestinya memberikan impak yang tinggi untuk kita semua.

Puvanesvari Subramaniam (Buvna) | Nandagobalan Vengettasamy | Nurul Farhanah

#MemimpinGayaAI #KementerianKomunikasi #IPPTAR #AILeadership #TransformasiDigital #AIforAll #CapacityBuilding
#qf4explore